Bulan Syaaban merupakan bulan kedua
selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan
bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari
segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari
segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati
dan jiwa.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab,
Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud:
Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan
sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada
bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi
teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti
pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya
sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan
(terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara
Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan
Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal
hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan
dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan
yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan
Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang
lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa
bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa
kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas
segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan
atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti
kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya
dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk
Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada
malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat
kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu
rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik)
dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum
arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik
kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala
makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan
saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada
malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah,
dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun
maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah
orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya
sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat:
Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada
hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa
Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat.
Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya
Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala
umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu
Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu
syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.
Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk
pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi
orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat,
malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu
langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan
Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat
menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang
meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan
malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya.
Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima
doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam
ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari
api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang
arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula
bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang
dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan
Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada
kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid)
walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu
tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur,
mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq
(orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan
dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya
dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang
supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda
baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3
malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang
meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun
maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya,
dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang
yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
(Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah!
Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku
izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu,
beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil
ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas
dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih
bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan
Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau
daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan
yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana
Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan
sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam
nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya
400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun
berdoa kepada tuhan: “Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w”.
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir
zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam
istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban,
malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama,
dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam
rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau
sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w
berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat
mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim
(nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa
padanya.
Amalan
pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila telah selesai sembahyang
Maghrib, hendaklah bi baca surah “Yaa Sinn” dengan niatkan mohon panjangkan
umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah
“Yaa Sinn” pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang
halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan
surah “Yaa Sinn” kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan
mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

0 komentar:
Posting Komentar
Trimaksih Telah Berkunjung